Wednesday, September 16, 2009



jemput dtg ke rumah..24/9/09-majlis kahwinku

Friday, September 11, 2009

menghitung hari...

kalau ckp pasal menhitung hari , mesti conpem aney jeles..xpela..topik ini perlu di tunggu jugak..sabar yer aney..jgn risau tibalah masa awak tuhh...tp mesti ame lagi hensem..kahkahkah... :))

Tuesday, September 8, 2009

Ni plak aku copy paste dari blog aney…xacila aney jer yg jwb..aku pon nk jwb jugak..kahkahkahkah

1. Bekas kekasih sy adalah :

~~~no komen la…ada keee? Apa jenis soalan ni?hahaha
2. Sy sedang mendengar :
~~~suria f.m
3. Mungkin sy patut :
~~~ siapkan diri dgn segala kemungkinan soalan..biasala lepas khwin, mesti naey nyibuk nk tanya mcm2..hahaha
4. Sy suka :
~~~ masak….berangan pun iye jugak kot!!!
5. Sahabat-sahabat baik saya :
~~~ kwn2 yg baik dgn saya la..aney pon boley laaa...
6. Saya tak paham :
~~~nape org suka gedik-gedik
7. Saya kehilangan :
~~~ kwn2 serumah sewa bila dah khwin nanti-hahaha..nanti tak dpt duk ngan diorang lagi…xdpt huha..huha
8. Ramai yang kata :
~~~ saya tomey..betul ke?kahkahkah
9. Makna nama saya :
~~~ sutera yg cantik…cantik ke?
10. Cinta itu adalah :
~~~ sukar dimengertikan…hanya org bercinta taw erti itu semua..
11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
~~~ pk nak nk masak apa lepas balik keje nanti
12. Saya akan cuba :
~~~ untuk dptkan yg tebaik dlm kerjaya, hidup dan pengajian saya
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
~~~ hingga ke akhirnya
14. Telefon bimbit saya :
~~~ ada jerr…nk buat apa ?hai xkan xder tel sendiri kot…
15. Bila saya terjaga dari tidur :
~~~ wow, amazing…syukur masih bernafas lagi aku hari ini..syukran
16. Saya paling meluat bila :
~~~ tgk org gedik tetapi bodoh lagi sombong
17. Pesta/Parti :
~~~penuh dgn manusia (tp buatla ia berteraskanislam)
18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
~~~ ntahla…kucing kot..tpi sama mcm aney aku pon xgemar sgt dgn kucing
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
~~~ 18-25
20. Hari ini :
~~~ hari ini dan setiap hari adalah hari yg membahagiakan…yg pnting senyum sokmo..
21. Malam ini saya akan :
~~~ isi dgn sesuatu yg bermakna..biar aney tertanya2..apakah itu??
22. Esok saya akan :
~~~ tersenyum selalu
23. Saya betul-betul inginkan :
~~~ kebahagian + kekayaan +kejayaan
24. Ketika saya lihat wajah saya di cermin di hadapan cermin pagi ini :
~~~ tiada jerawat n tiada kedutan..alhamdulilah...
25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
~~~ shoppingg!!la..sambil cuci mata..
26. Makanan barat atau Jepun :
~~~ western la n masakan kampungla..ader ulam2 bgus utk kesihatan n kulit cantik..
27. Bilik yang terang atau gelap :
~~~ kalau keje siang hari bilik terangla..gelap untuk tidow laa
28. Makanan segera adalah :
~~~ apa2 jer yg sennag to ccok..nuget & crispy ayamas pon best jugak
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
~~~ salam,hai
30. Siapa yang anda mahu TAG? :
~~~ wajib – aney
ni plak baju masa majlis akad nikahku nanti...ni Ame la yg pilih kainnya..biasalah Ame..suka pilihkan color baju untuk aku..ni dia yg match kan kain lace dengan kain satin ni..biarla, dia suka aku ok jerr..hahaha..buat aney jgn jele2 taw...hahaha..baju ni belom siap sepenuhnya lagi..tp ni design aku sendiri yg mahukan baju jenis mcm ni khas utk mlm saat aku dijab kabul..
baju rayaku-dark purple..thn ni melaram dengan baju kebaya..apa ingat aku nk khwin xleh melaram ke???baju saat aku belum bergelar isteri kepada seorang suami..hehehe








090909

Tiada apa yg menarik mengenai tarikh ini..cuma mcm biasa je la..hari ini aku col my member aney and ida..by hook or by crook aku nk diorang ada kat umah aku utk bersama-sama aku meniti debaran saat aku diijab kabul..tkt beb!!at least bila ada korang ore tak lah berdebar sgt..for aney, nanti tlg i touch-up apa yg patut k kat muka..u make-up masa tunang tu very nice..tp i don't know la kalu tetiba makcik2 i tu offer diri nk make-up plak..but till this time & day masih belom ada yg offer diri...i hope u bley mahgi umah ore..ala bila lagi aney, u nk tido dgn i sbelum i bergelar "ISTERI KEPADA SEORANG SUAMI". I hope all of u will pray for me, doakan i bahagia sepanjang hidup i hingga ke saat nafas terakhir bersama AME..aminnnnnnnnnnn...

Thursday, August 13, 2009

memetik salah satu cerita dlm blog ustaz Asri membuatkan hatiku berdetik, keluar tangisan halus, dan otakku berfikir mengenai kematian...saat kita didatangi oleh malaikat Jibrail...mampukah kite..sedangkan Nabi merasa sakit n tak mampu menghadapi saat kematian...kita umat yg daif ini,mampukah??? marilah kite renungkan cerita ini sebagai panduan moga2 ia menyedarkan kita dari setiap kelalaian yg pernah kita lakukan..
*****************************************
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.- Aku melihat cahaya dari lidahnya..- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. - Wajahnya seperti bulan purnama. - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.- Mulut baginda sederhana luas dan cantik. - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. - Janggutnya penuh dan tebal menawan. - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah. - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. - Rambutnya sedikit ikal. - Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah. - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.- Seimbang antara kedua bahunya. - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak.- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.- Warna kulitnya putih tapi sihat.- Kulitnya putih lagi bercahaya. - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk. - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.Demikianlah sesosok tubuh nan mulia milik Nabi Muhammad s.a.w ~ manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...Pernahkah kita terfikir betapa saat akhir hayat Rasulullah mengingatkan kita semua betapa mendalamnya cinta baginda terhadap umatnya...Wahai ALLAH, izinkan hambamu ini menukil kembali kenangan itu....Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat gerangan maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. " Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya (lantas terdengar Rasulullah berkata:)"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum" (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Semoga cinta kita pada Rasulullah adalah cinta yang abadi.